Bahasa Kass

Bahasa Kass
Loh BM 93005, dengan perkataan-perkataan bahasa Kass di sebelah kiri dan padanan Akkadia di sebelah kanan.
Asli kepadaBabylon
KawasanTimur Dekat
EtnikBangsa Kass
EraAbad ke-18–ke-4 SM
tidak dikelaskan (Bahasa-bahasa Hurri-Urartu?)
Kod bahasa
ISO 639-3Tiada (mis)
Glottologkass1244

Bahasa Kass ialah bahasa yang ditutur oleh orang Kass di Mesopotamia sekitar abad ke-18 hingga ke-7 SM. Dari abad ke-16 hingga ke-12 SM, raja-raja berketurunan Kass memerintah di Babylon sehingga mereka digulingkan oleh orang Elam. Memandangkan hanya beberapa puluh perkataan sahaja yang diketahui, dengan tidak satu pun yang dapat dibukti mempunyai kaitan dengan mana-mana keluarga bahasa yang masih hidup atau telah pupus, bahasa Kass buat masa ini dianggap sebagai bahasa tidak terkelas, mungkin sejenis bahasa pencilan atau tergolong dalam bahasa-bahasa Hurri-Urartu.