Interlingua

Interlingua
Sebutan/ɪntərˈlɪŋɡwə/; IA: [inteɾˈliŋɡwa]
Dicipta olehInternational Auxiliary Language Association
Latar dan penggunaanPendaftaran saintifik perbendaharaan kata antarabangsa; bahasa buatan antarabangsa
Pengguna(Tidak diketahui setakat 1951)
Penggunaan
Bahasa buatan antarabangsa
  • Interlingua
Rumi
SumberPerancis, Itali, Portugis, Sepanyol, Jerman, Inggeris, Rusia dan Latin
Status rasmi
Dikawal selia olehTiada badan kawal selia
Kod bahasa
ISO 639-1ia
ISO 639-2ina
ISO 639-3ina
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "caption" yang tidak diketahui

Interlingua (ISO 639; kod bahasa: ia, ina) ialah bahasa buatan antarabangsa (IAL) yang dibangunkan antara 1937 hingga 1951 oleh International Auxiliary Language Association (IALA). Ia merupakan bahasa buatan yang kedua atau ketiga paling popular (selepas Esperanto dan mungkin Ido) serta juga bahasa buatan naturalis yang terpopular. Sebahagian besar perbendaharaan kata, tatabahasa, dan ciri-cirinya yang lain berasal daripada bahasa sejadi. Interlingua dibangunkan untuk menggabungkan tatabahasa yang mudah dan hampir tetap dengan perbendaharaan kata yang sepunya dengan paling banyak bahasa yang mungkin. Justera, ia amat sangat mudah dipelajari, sekurang-kurangnya bagi mereka yang bertuturan bahasa asli yang merupakan sebahagian sumber perbendaharaan kata dan tatabahasa Interlingua. Sebaliknya, Interlingua juga boleh digunakan sebagai pengenalan pantas kepada banyak bahasa sejadi. Interlingua juga luar biasa kerana ia dapat difahami dengan segera oleh ratusan juta orang yang bertuturan bahasa Romawi.

Nama "Interlingua" berasal daripada perkataan-perkataan Latin, inter yang bermakna "antara" dan lingua yang membawa pengertian, "lidah" atau "bahasa". Morfem-morfem itu adalah tepat sama dalam bahasa Interlingua. Justera, Interlingua ialah "antara bahasa" atau "bahasa perantaraan".