Bahasa Inggeris Amerika Afrika

Bahasa Inggeris Vernakular Amerika Afrika
African American Vernacular English
Asli kepadaAmerika Syarikat
Indo-European
Rumi
Kod bahasa
ISO 639-1en
ISO 639-2eng
ISO 639-3

Bahasa Inggeris Vernakular Amerika Afrika (AAVE) – juga dikenali sebagai Bahasa Amerika Afrika atau Bahasa Inggeris Amerika Afrika merupakan salah satu variasi bagi Bahasa Inggeris Amerika. Sesetengah pakar bahasa menggelar AAVE sebagai ebonics istilah yang juga mempunyai makna lain atau konotasi yang kuat).

Dalam beberapa hal, sebutan bahasa ini adalah sama dengan Bahasa Inggeris Selatan Amerika, yang dituturkan oleh ramai rakyat Amerika Afrika dan juga rakyat Amerika bukan Afrika di Amerika Syarikat. Beberapa orang pakar bahasa kreol seperti William Stewart, John Dillard dan John Rickford berhujah bahawa AAVE berkongsi banyak persamaan dengan dialek kreol yang dituturkan oleh orang kulit hitam di kebanyakan tempat di dunia serta menganggap bahasa tersebut sebagai bahasa kreol. Sementara yang lain pula menganggap AAVE sebaliknya (tidak mempunyai persamaan yang ketara).

Seperti bahasa-bahasa yang lain, penggunaan AAVE turut dipengaruhi oleh usia, status, topik dan persekitaran. Terdapat banyak sastera menggunakan bahasa jenis ini terutamanya dalam kesusasteraan Amerika Afrika.