Bahasa Arab Selatan Kuno

Bahasa Arab Selatan Kuno
Yamani
Ṣaihadi
Taburan
geografi:
Arab Selatan
Klasifikasi bahasa:Bahasa-bahasa Afro-Asia
  • Semitik
    • Semitik Barat
      • Semitik Selatan ?
        • Bahasa Arab Selatan Kuno
Pembahagian:
  • Saba †
  • Maini †
  • Qataba †
  • Hadrami †
  • Awsāni †
  • Himyari †
  • ? Razihi
  • ? Faifi
Glottolog:sayh1236

Bahasa Arab Selatan Kuno (juga dikenali sebagai Arab Selatan Purba, Arab Selatan Lama, Arab Selatan Epigrafi, Ṣayhadi, atau Yamani) ialah sekumpulan empat bahasa pupus yang berkait rapat (Saba/Sabai, Qatabani, Hadramiti, Minai) dituturkan di bahagian paling selatan Semenanjung Arab. Rekod terawal yang terpelihara kumpulan tersebut berasal dari permulaan alaf pertama SM. Kesemuanya ditulis dalam aksara Arab Selatan Purba.

Terdapat beberapa bahasa Arab Selatan Lama yang lain (contohnya, Awsāni), yang mana hanya sedikit bukti yang masih ada. Dua bahasa yang mungkin serumpun dengan Sayhadi yang masih hidup ialah bahasa Razihi dan bahasa Faifi yang dituturkan jauh di barat laut Yaman, namun variasi ini mempunyai ciri-ciri Arab dan Sayhadi, dan sukar untuk mengelaskannya jika ia dialek bahasa Arab dengan substratum Sayhadi, atau bahasa Sayhadi yang telah distruktur semula kerana tekanan bahasa Arab.