Bahasa Arab Hijaz
| Bahasa Arab Hijaz | |
|---|---|
| Asli kepada | Wilayah Hijaz, Arab Saudi |
Penutur bahasa | (6 juta setakat 1996)e17 |
Afro-Asia
| |
| Abjad Arab | |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | acw |
| Glottolog | hija1235 |
Bahasa Arab Hijaz (Arab: حجازي ḥijāzī) juga dikenali sebagai Bahasa Arab Barat Jazirah ialah lahjah bahasa Arab yang dituturkan di wilayah Hijaz dalam Arab Saudi (yakni "lahjah Hijaz", Bahasa Arab Fusha: لَهْجَة حِجَازيَّة lahjah Ḥijāzīyah) merangkumi dua kelompok yakni satu oleh kaum badwi dan penduduk pedalaman dan satu yang ditutur penduduk bandar-bandar besar seperti Jeddah, Mekah, Yanbu, Ta'if, dan Madinah.
Lahjah Hijaz bandar kelihatan amat berkait dengan lahjah-lahjah Arab di Sudan Utara dan Mesir Hulu. Bahasa Arab Hijaz mempunyai banyak kesamaan dengan Bahasa Arab Mesir. Lahjah ini juga ditutur oleh kaum orang Rasyaida di Eritrea dan Sudan. Lahjah ini digunakan buat perhubungan harian dan tidak mempunyai kedudukan rasmi; sebaliknya Bahasa Arab Fusha digunakan dalam urusan rasmi, terutamnya di Eritrea di mana bahasa Arab tidak merupakan lingua franca.