Bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali

Bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali
Taburan
geografi:
Bali dan Nusa Tenggara Barat, Indonesia
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Glottolog:bali1277

Bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali ialah sekumpulan bahasa yang berkait rapat yang dituturkan di barat Kepulauan Sunda Seni (Bali dan Nusa Tenggara Barat). Ketiga-tiga bahasa tersebut ialah bahasa Bali di Bali, bahasa Sasak di Lombok, dan bahasa Sumbawa di Sumbawa barat.

Bahasa-bahasa ini mempunyai persamaan dengan bahasa Jawa, di mana persamaan tersebut telah dianggap sebagai bukti hubungkait bahasa-bahasa tersebut dalam beberapa pengelasan. Walau bagaimanapun, persamaannya hanyalah dalam laras "tinggi" (bahasa rasmi/istana) untuk bahasa Bali dan bahasa Sasak; apabila laras "rendah" (bahasa basahan) dipertimbangkan, hubungannya kelihatan berkait dengan bahasa Madura dan bahasa Melayu (Lihat bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu).

Kedudukan bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali dalam keluarga Polinesia-Melayu tidak jelas. Adelaar (2005) meletakkannya di bawah subkumpulan "bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu" yang lebih besar, tetapi usulan ini masih dipertikaikan.