Bahasa-bahasa Samiah Timur

Bahasa-bahasa Samiah Timur
Taburan
geografi:
dahulunya Mesopotamia
Klasifikasi bahasa:Afroasia
Pembahagian:
Glottolog:east2678

Bahasa-bahasa Samiah Timur ialah salah satu keluarga bahasa di bawah bahasa-bahasa Samiah. Kumpulan bahasa-bahasa Samiah Timur dibuktikan oleh tiga bahasa yang berbeza, bahasa Akkad, bahasa Ebla, dan mungkin bahasa Kisy, yang semuanya telah lama pupus. Mereka dipengaruhi oleh bahasa Sumer yang bukan berketurunan bahasa-bahasa Samiah dan menggunakan aksara pepaku.

Bahasa-bahasa Samiah Timur terasing daripada bahasa-bahasa Samiah lain, yang kebanyakannya digolongkan dalam keluarga bahasa-bahasa Samiah Barat, dalam beberapa aspek. Dari segi sejarah, keadaan linguistik tersebut dipercayai berlaku apabila penutur bahasa-bahasa Samiah Timur mengembara lebih jauh ke timur, hingga menetap di Mesopotamia ketika milenium ke-3 SM, seperti yang dibuktikan oleh naskhah bahasa Akkad dari zaman ini. Menjelang awal milenium ke-2 SM, bahasa-bahasa Samiah Timur, khususnya bahasa Akkad, telah menguasai rantau tersebut.