Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya

Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya
(terusul)
Taburan
geografi:
sebahagian besar Borneo
sebahagian Sumatera, Jawa barat dan Tanah besar Asia Tenggara
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Pembahagian:
Glottolog:nort3253  (padanan separa)

Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya ialah subkumpulan yang terusul di bawah keluarga bahasa-bahasa Austronesia. Subkumpulan ini merangkumi bahasa-bahasa yang dituturkan di seluruh Borneo (tidak termasuk kawasan tenggara iaitu lokasi bahasa-bahasa Barito Raya dituturkan), serta di bahagian-bahagian Sumatera, Jawa, dan Tanah Besar Asia Tenggara. Hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya pertama kali diusulkan oleh Robert Blust (2010) dan dihuraikan selebihnya oleh Alexander Smith (2017a, 2017b). Bukti yang dikemukakan untuk usulan ini ialah berkenaan kosa kata semata-mata.

Subkumpulan yang diusulkan meliputi beberapa bahasa utama di Asia Tenggara, termasuk bahasa Melayu (bahasa Melayu piawai dan bahasa Indonesia) dan bahasa-bahasa Melayu berkaitan seperti bahasa Minangkabau, bahasa Banjar dan bahasa Iban; serta bahasa Sunda dan bahasa Aceh. Di Borneo sendiri, bahasa Borneo Utara Raya terbesar yang bukan di bawah bahasa-bahasa Melayu dari segi bilangan penutur ialah bahasa Dusun Tengah, terutamanya dituturkan di Sabah.

Memandangkan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya juga merangkumi bahasa-bahasa Melayu, bahasa-bahasa Cam, dan bahasa-bahasa Sunda, ia dikatakan tidak serasi dengan hipotesis bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu usulan Alexander Adelaar.