Bagel

Bagel
Bagel biasa yang dihasilkan secara komersil
Nama alternatifBajgiel, beigel, beygl
JenisRoti
Tempat asalPoland
Kawasan/rantauEropah Tengah dan Timur, Amerika Utara, Israel
Bahan utamaTepung gandum
sunting · sunting di Wikidata

Bagel (diserap daripada bahasa Inggeris: bagel, daripada Bahasa Yiddish: בײגל beygl; Poland: bajgiel) atau juga beigel (disebut [ˈbeɪɡəl]) ialah sejenis roti yang lazim dalam masakan masyarakat Yahudi Poland. Roti ini dihasilkan dengan membentuk doh gandum beryis dengan tangan menjadi bentuk cincin sebesar tangan yang kemudiannya direbus dalam masa yang singkat dan seterusnya dibakar. Hasilnya adalah padat, kenyal, pucat dalaman dengan perang dan kadang-kadang segar luar. Bagel sering dihiaskan biji-biji yang ditabur di luar kerak seperti popi, bunga matahari atau bijan; bahkan sesetengah resipi bagel mungkin juga akan ditaburkan garam di atas permukaannya. Terdapat juga pelbagai jenis doh yang digunakan seperti daripada gandum atau rai.

Makanan ini kini menjadi sangat masyhur di Amerika Utara terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai kependudukan masyarakat kaum Yahudi besar dengan cara-cara mereka membuat roti tersebut yang tersendiri. Ia boleh didapati segar atau beku dalam pelbagai rasa di banyak pasar raya utama dalam negara-negara benua tersebut.