Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Badminton
di Sukan Olimpik XXXIII
TempatArena Porte de la Chapelle
Tarikh27 Julai – 5 Ogos 2024
Bil. acara5 (2 lelaki, 2 wanita, 1 campuran)
Pesaing171 dari 49 negara

Kejohanan badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris telah berlangsung dari 27 Julai hingga 5 Ogos di Arena Porte de la Chapelle. Seramai 172 pemain badminton, dengan pembahagian sama rata antara lelaki dan wanita, bersaing dalam lima acara pingat (dua bagi setiap jantina dan campuran) pada temasya ini, jumlah yang sama seperti dalam edisi sebelumnya.