Badak sumbu kerbau

Badak sumbu kerbau
Badak sumbu Sumatera
Sumatran rhinos
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Dicerorhinus

Gloger, 1841
Spesies:
D. sumatrensis
Nama binomial
Dicerorhinus sumatrensis
(Fischer, 1814)
Kawasan habitat liar Badak sumbu Sumatera. Sila klik pada kawasan habitat semasa, seperti yang ditunjukkan dalam titik-titik berwarna merah, untuk membuka rencana luar berkaitan kehidupan badak sumbu.
Subspecies
  • D. s. harrissoni Groves, 1965
  • D. s. sumatrensis Fischer, 1814
  • D. s. lasiotis Buckland, 1872

Badak sumbu kerbau atau badak sumbu Sumatera (nama saintifik: Dicerorhinus sumatrenesis.) ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia pernah mendiami dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Malaysia dan kini hanya hanya di Indonesia (terutamanya pulau Sumatera yang memberi nama umum lain dan saintifknya) dan Malaysia.

Badak sumbu ini adalah spesies terakhir badak sumbu yang pernah wujud di Malaysia. Sepupu genus terdekat, badak raya telah pupus di Tanah Melayu, kali terakhir dilihat pada tahun 1932.