"Bad Guy" ialah lagu oleh penyanyi Amerika Syarikat, Billie Eilish. Lagu ini dikeluarkan pada 29 Mac 2019 oleh Darkroom dan Interscope Records. Lagu ini dikeluarkan sebagai single kelima dari album studio pertama Eilish, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? (2019), sebagaimana disahkan oleh Billboard. Muzik video lagu ini juga dikeluarkan pada 29 Mac. Lagu ini menduduki carta lagu di Australia, Kanada, New Zealand dan Norway, nombor dua di England, Ireland dan Sweden, dan nombor tujuh di Amerika Syarikat, menjadikannya lagu tertinggi oleh Eilish.