Baburam Bhattarai

Perdana Menteri Nepal
Dalam jawatan
29 Ogos 2011 – 14 Mac 2013
PresidenRam Baran Yadav
Didahului olehJhala Nath Khanal
Digantikan olehKhil Raj Regmi
Maklumat peribadi
Lahir (1954-05-26) 26 Mei 1954
Belbas, Nepal
Parti politikParti Komunis Bersatu Nepal (Maois)
Tempat belajarUniversiti Tribhuvan
Kolej Seni Bina Chandigarh
Maktab Perancangan dan Seni Bina
Universiti Jawaharlal Nehru
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "image_caption"

Dr. Baburam Bhattarai (lahir 26 Mei 1954) ialah seorang ahli politik Nepal yang merupakan Perdana Menteri Nepal yang ke-35 sejak 29 Ogos 2011. Beliau ialah seorang Ahli Jawatankuasa Tetap kanan dan naib pengerusi Parti Komunis Bersatu Nepal (Maois) yang mula memperjuangkan Perang Rakyat di Nepal pada tahun 1996 yang berkesudahan dengan peralihan sistem politik Nepal daripada monarki kepada republik. Beliau berpegang pada fahaman sosialis komunis. Beliau dipilih ke dalam Dewan Perwakilan Rakyat sebagai wakil Gorkha pada tahun 2008, kemudian menjadi Menteri Kewangan dalam Kabinet yang dibentuk selepas pilihan raya itu.