Dugong
| Dugong | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | Dugongidae Gray, 1821
|
| Subkeluarga: | Dugonginae Simpson, 1932
|
| Genus: | Dugong Lacépède, 1799
|
| Spesies: | D. dugon
|
| Nama binomial | |
| Dugong dugon (Müller, 1776)
| |
| Kawasan habitat dugong | |
Dugong (Jawi: دوݢوڠ) atau babi duyung (Dugong dugon) merupakan sejenis haiwan laut yang merupakan salah satu daripada empat spesis Sirenia yang masih hidup selain manati. Ia merupakan satu-satunya haiwan yang mewakili keluarga Dugongidae. Ia juga merupakan satu-satunya sirenia yang boleh didapati di kawasan perairan sekurang-kurangnya 37 negara di rantau Indo-Pasifik, walaupun kebanyakannya tinggal di perairan utara Australia.
Dugong diburu selama beribu tahun kerana daging dan minyaknya. Kawasan taburan semasa dugong semakin berkurangan, dan populasinya semakin menghampiri kepupusan. IUCN menyenaraikan dugong sebagai spesis terancam, manakala CITES mengehadkan atau mengharamkan perdagangan barangan berasaskan populasi terlibat. Sungguhpun spesies ini dilindungi di kebanyakan negara dalam lingkungannya, punca utama penurunan populasinya termasuklah penerokaan kawasan baru, pemburuan, kehilangan habitat serta kematian yang disebabkan aktiviti menangkap ikan. Dengan jangka hayat yang panjang sehingga 70 tahun atau lebih, serta kadar kelahiran yang rendah, dugong terdedah kepada ancaman tersebut. Dugong juga terancam akibat ribut, parasit, serta haiwan pemangsa seperti jerung, paus pembunuh dan buaya.