BASF Petronas Chemicals

BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriKimia
Ditubuhkan1997 (1997)
Ibu pejabatSubang Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh pentingMarko Olavi Murtonen (Pengarah Urusan)
KeluaranMonomer akrilik, pelarut, kimia khusus, ramuan aroma, pemangkin, kimia prestasi, dsb.
PerkhidmatanPengurusan Rantaian Bekalan, Perkhidmatan Logistik
PemilikBASF, Petronas 
Syarikat induk
Tapak webwww.basf-petronas.com.my
sunting ยท sunting di Wikidata

BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd. merupakan syarikat kimia Malaysia yang ditubuhkan pada 1997 hasil usahasama konglomerat kimia Jerman, BASF dan konglomerat minyak dan gas Malaysia, Petronas melalui anak syarikatnya, PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG). Syarikat itu mengendalikan Tapak Verbund Bersepadu yang terletak di Zon Perindustrian Gebeng, Pahang. Modal saham utama syarikat ini 60% dipegang oleh BASF dan 40% lagi oleh Petronas.

Produk utama termasuk monomer akrilik, produk oxo, butanediol, Asid 2-Etilheksanoik, bahan-bahan polyisobutene yang sangat reaktif dan bahan-bahan aroma. Sven Crone merupakan Pengarah Urusan syarikat ini sejak 1 September 2017.

Pada tahun 2013, Syarikat ini telah melabur RM1.5 bilion untuk mengembangkan operasi di Gebeng, Kuantan, Pahang bagi menghasilkan produk untuk industri wangian dan perasa.

BASF Petronas Chemicals menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaysia Pahang pada 18 Disember 2018, kerjasama ini melibatkan tujuh bidang utama itu memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan UMP mendapatkan kemahiran secara berterusan, perkongsian kepakaran penyelidikan serta program tanggungjawab sosial korporat (CSR) turut diberi perhatian.