B-52 Stratofortress
| B-52 Stratofortress | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Pesawat pengebom strategik |
| Pengeluar | Boeing |
| Penerbangan sulung | 15 April 1952 |
| Mula digunakan | Februari 1955 |
| Status | Aktif: 76 Simpanan: 20 |
| Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat NASA |
| Dikeluarkan | 1952-1962 |
| Jumlah dibina | 744 |
| Kos seunit | B-52B: AS$14.43 juta B-52H: AS$9.28 juta (1962) B-52H: AS$53.4 juta(1998) |
Boeing B-52 Stratofortress merupakan pengebom strategik jarak jauh berenjin lapan yang diterbangkan oleh tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) selepas 1954, bagi menggantikan Convair B-36 dan Boeing B-47. Walaupun dibina untuk peranan era Perang Dingin pencegahan perang nuklear, keupayaan konvensionalnya pada masa kini adalah semakin penting dalam operasi-operasi USAF, di mana jarak jauhnya, muatan senjata berat dan kos operasi yang ekonomik (berbanding dengan armada kapal pengebom strategik USAF yang lain) adalah sangat berguna.