Azlan Komeng

Azlan Komeng
Kelahiran
Muhammad Azlan bin Kamiran

(1976-07-01) 1 Julai 1976
PendidikanDiploma Seni Halus
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Mara (UiTM)
PekerjaanPelakon, pelagak ngeri, koreografer aksi
Tahun aktif1994–kini
Ketinggian176 cm (5 ka 9 in)
PasanganNur Nilam Ortiz (k. 2022)

Muhammad Azlan Kamiran (lahir 1 Julai 1976) ialah seorang pelakon, pelagak ngeri dan koreografer aksi lelaki Malaysia. Beliau mendapat nama pentas Azlan Komeng daripada watak Komeng lakonan Allahyarham Idris Hashim dalam filem Nasib Do Re Mi. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak memegang watak pembantu dalam beberapa filem dan drama tempatan. Biarpun tidak pernah diberikan watak utama, beliau tetap menjadi rebutan pengarah dan penerbit.