Azizah Ismail
Jah Ismail | |
|---|---|
Jah Ismail dalam babak filem Ahmad Albab. | |
| Kelahiran | Azizah binti Ismail |
| Nama lain | Jah Ismail |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1961–1983 |
| Terkenal kerana |
|
| Pasangan | A. R. Tompel (k. 1955–1973) (cerai mati) |
| Anak-anak | 10 orang anak kandung & 8 orang anak tiri
|
| Ibu | Rogayah Munajat |
| Bapa | Tuan Haji Ismail Haji Ibrahim |
Jah Ismail atau nama sebenarnya Azizah Ismail merupakan isteri ke-3 daripada 6 isteri seniman Allahyarham A. R. Tompel. Mereka berkahwin pada sekitar tahun 1955. Beliau juga dikurniakan 9 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki bersama Allahyarham A. R. Tompel. Hubungannya juga rapat dan sering bertemu dengan anak tirinya seperti A. R. Badul dan Adlin Aman Ramlie
Jah Ismail pernah membintangi filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sabarudin Tukang Kasut (1966) sebagai Halobayah dan Ahmad Albab (1968) sebagai isteri kepada Mashood Al-Buaya yang dilakonkan oleh suaminya sendiri, Allahyarham A. R. Tompel. Selain itu, beliau juga pernah berlakon bawah arahan M. Amin dalam filem Manis-Manis Sayang (1983) yang memengang watak sebagai mak kepada Rosnah.