Ayat-Ayat Cinta

Ayat-Ayat Cinta
Poster keluaran tayangan
PengarahHanung Bramantyo
PenulisHabiburrahman El Shirazy
Dihasilkan olehDhamoo Punjabi
Manoj Punjabi
DibintangiFedi Nuril
Rianti Cartwright
Carissa Putri
Zaskia Adya Mecca
Melanie Putria
Muzik olehMelly Goeslaw
Anto Hoed
Rossa
Tarikh tayangan
28 Februari 2008
Masa tayangan
127 minit
NegaraIndonesia
Arab
Inggeris
BahasaBahasa Indonesia
BajetAS$1.5 juta
Pecah panggungAS$ 13 juta

Ayat-Ayat Cinta ialah sebuah filem Indonesia 2008 arahan Hanung Bramantyo serta dibintangi Fedi Nuril, Rianti Cartwright, Carissa Putri, Melanie Putria, dan Zaskia Adya Mecca. Ia merupakan filem drama romantik keagamaan berdasarkan daripada novel dengan judul yang sama karangan Habiburrahman El Shirazy. Jalan cerita filem ini sebenarnya berpusat di Kaherah, Mesir, tetapi pembikinan filem ini sebenarnya dijalankan di India dan Semarang, Indonesia, dan bukannya di Kaherah. Filem mula ditayangkan pada 28 Februari 2008 di Indonesia, 8 Mei 2008 di Singapura, dan 19 Jun 2008 di Malaysia.

Kesinambungan filem ini, Ayat-Ayat Cinta 2 ditayangkan pada 21 Disember 2017 di Indonesia. Di Malaysia, filem ini ditayangkan pada 11 Januari 2018.