Sakura Ayane

Sakura Ayane
佐倉 綾音
Sakura Ayane pada tahun 2018
Kelahiran (1994-01-29) 29 Januari 1994
PekerjaanPelakon suara
Tahun aktif2010–sekarang
EjenAoni Production
AnugerahPelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Anugerah Seiyu ke-12

Sakura Ayane (Bahasa Jepun : 佐倉 綾音 ; Bahasa Inggeris : Ayane Sakura ; lahir : 29 Januari 1994) ialah seorang pelakon suara kelahiran Jepun. Dia bergabung dengan Aoni Production.

Peranan dia termasuklah Non Non Biyori, Secre Swallowtail dalam Black Clover, Ochaco Uraraka dalam My Hero Academia, Tsubaki Sawabe dalam Your Lie in April, Iroha Isshiki dalam My Youth Romantic Comedy Is Wrong, As I Expected, Suzuka Dairenji dalam Tokyo Ravens, Nagato-class, Sendai-class, Kuma, Tama, Shimakaze dalam Kantai Collection, Cocoa Hoto dalam Is the Order a Rabbit?, Ran Mitake dalam BanG Dream!, Clarisse dalam Granblue Fantasy, Yotsuba Nakano dalam The Quintessential Quintuplets, Hasuki Komai dalam Boarding School Juliet, Nao Tomori dalam Charlotte, Rinne dalam Pretty Rhythm: Rainbow Live, King of Prism, Yae Sakura dalam Honkai Impact 3rd, Prinz Eugen dalam Azur Lane, Gabi Braun dalam Attack on Titan: The Final Season, Ephnel dalam SoulWorker dan Yae Miko dalam Genshin Impact.

Dia telah mempersembahkan lagu tema, dan lagu watak cereka untuk siri persembahannya. Sakura memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Anugerah Seiyu ke-12.