Awang Nong (Pahlawan)

Awang Nong bin Imam Rasu merupakan seorang pahlawan Pahang yang berjuang menentang Inggeris di negeri itu pada sekitar abad ke-19. Beliau berasal dari Pulau Tawar, Jerantut. Beliau ialah anak kepada Tok Gajah dan adik kepada Mat Kilau. .

Kisah hidup dan perjuangan beliau diadaptasikan di dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah (2024). Namun pengkisahan dalam filem tersebut tidak menepati sejarah sebenar.