Awan kumulus

Awan kumulus
SingkatanCu
GenusCumulus (longgok)
AltitudDasar biasanya di bawah 2,000 m (bawah 6,500 kaki)
tapi mungkin lebih tinggi (altitud paras tengah ) semasa keadaan kelembapan relatif yang sangat rendah. (puncak berbeza)
Klasifikasirendah hingga paras tengah (keluarga C2) atau menegak (keluarga D), bergantung pada saiz
Ciri-ciribengkak
Awan mendap?Bergantung. Cumulus humilis dan mediocris, mungkin tidak, namun cumulus congestus dan cumulus castellanus kadang-kadang ya. Kumulonimbus, ya, namun mungkin virga.

Awan kumulus ialah tompokan awan dengan dasarnya rata dan struktur atas yang berbonggol-bonggol. Kumulus bermaksud "timbunan" atau "gumpalan" dalam bahasa Latin. Rupa awan kumulus sering diterangkan sebagai "gebu" atau berbentuk seperti kapas. Ia boleh dijumpai bersendirian, dalam satu baris atau dalam gugusan. Faktor-faktor seperti ketidakstabilan, lembapan dan cerun suhu sering menjadikan awan jenis ini sebagai pelopor jenis lain, contohnya awan kumulonimbus.

Awan kumulus sebahagian daripada kategori besar awan bentuk kumulus , termasuklah kumulus, kumulus kongestus dan awan kumulonimbus.

Ia terjadi akibat proses perolakan. Awan ini terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: awan strato kumulus iaitu awan kumulus yang baru terbentuk, awan kumulus dan awan kumulonimbus iaitu awan kumulus yang sangat besar dan mungkin terdiri beberapa awan kumulus yang bergabung menjadi satu.