Autonomisme
Autonomisme merujuk kepada seluruh gerakan sosial dan politik saya kiri serta juga teorinya yang mirip dengan sosialisme. Sebagai sebuah sistem teori yang berasingan, ia berasal daripada komunisme pekerja (operaismo) dan muncul buat kali pertama di Itali pada 1960-an. Kecendurungannya kepada pasca-Marxis dan anarkis kemudian menjadi ketara selepas dipengaruhi oleh:
- anggota Situationist International;
- kegagalan gerakan sayap kiri-jauh Itali pada 1970-an; dan
- kemunculan sebilangan ahli teori yang terkenal, termasuk Antonio Negri (pengasas bersama kepada kumpulan Marxis Potere Operaio pada 1969), Mario Tronti, Paolo Virno, dan sebagainya.
Autonomisme mempengaruhi gerakan pusat sosial Autonomen di Jerman dan Belanda, dan masih amat berpengaruh di Itali, dan Perancis, serta pada takat yang agak kurang di negara-negar bertuturan bahasa Inggeris. Mereka yang mengaitkan diri dengan autonomisme kini berbeza-beza daripada penyokong Marxisme sehingga penyokong pasca-strukturalisme dan faham anarkis.