Australia di Pertandingan Lagu Eurovision

Australia
Stesen ahliSBS
Acara pemilihan kebangsaan
Pusingan akhir kebangsaan
  • Eurovision - Australia Decides
  • 2019
Pemilihan internal
  • 2015–2018
  • 2021
Ringkasan penyertaan
Penampilan5 (5 pusingan akhir)
Penampilan pertama2015
Keputusan terbaikKe-2: 2016
Keputusan terukKe-20: 2018
Pautan luar
SBS page
Eurovision – Australia Decides website
Halaman Australia di Eurovision.tv
Untuk pertandingan terkini, sila lihat
Australia di Pertandingan Lagu Eurovision 2019

Australia telah menyertai Pertandingan Lagu Eurovision sebanyak tiga kali sejak penampilan sulung mereka di pertandingan 2015 di Wina. Keputusan terbaik dari negara ini dalam pertandingan tersebut ialah peringkat kedua untuk Dami Im pada 2016. Australia juga meraih kedudukan sepuluh teratas dalam dua penampilan lain dalam pertandingan itu, dengan Guy Sebastian meraih tempat kelima pada 2015, dan Isaiah Firebrace meraih tempat kesembilan pada 2017.

Pada mulanya, penyertaan Australia dalam pertandingan 2015 ditetapkan untuk menjadi satu-satunya acara, perancangan itu hanya untuk dibuat semula pada tahun berikutnya jika mereka menang, tetapi ia telah disahkan pada November 2015 oleh SVT yang mereka akan turut serta dalam pertandingan 2016. Penyertaan Australia dalam pertandingan ini telah disahkan oleh Kesatuan Penyiaran Eropah dan Special Broadcasting Service (SBS) sehingga 2023.