Auld Lang Syne

Auld Lang Syne ialah sebuah puisi Scotland karya Robert Burns yang dihasilkan beliau dalam tahun 1788. Puisi ini dipadankan dengan irama sebuah lagu rakyat tradisional. Puisi ini amat terkenal dalam banyak negara yang berbahasa Inggeris dan sering dinyanyikan buat meraikan permulaan Tahun Baru (Masehi) pada jam tengah malam.