Auguste Comte
Anda mesti tambahkan parameter |sebab= ke dalam templat ini - gantikannya dengan berikut: {{Rapikan|reason=<Sebab kamu disini>}}, atau padamkan templat ini.
Isidore Auguste Marie François Xavier Comte (Perancis: [oɡyst kɔ̃t] ⓘ; 19 Januari 1798 – 30 September 1857) merupakan seorang ahli falsafah, matematik dan penulis berbangsa Perancis yang merangka idea doktrin positivism. Beliau sering dianggap sebagai ahli falsafah sains pertama dalam bidang itu. Idea Comte juga memainkan peranan penting, iaitu menjadi asas dalam perkembangan ilmu sosiologi, dan dia sendiri yang mencipta terma itu dan menganggap disiplin tersebut sebagai pencapaian utama sains.
Dipengaruhi oleh Henri de Saint-Simon, karya Comte berusaha untuk memperbaiki kekacauan sosial yang berpunca daripada Revolusi Perancis, yang beliau percaya menunjukkan peralihan yang akan datang kepada bentuk masyarakat yang baru. Beliau berusaha untuk menubuhkan doktrin sosial baru berdasarkan sains yang beliau labelkan sebagai positivisme. Peranan beliau mempunyai impak besar terhadap pemikiran abad ke-19 yang mempengaruhi karya pemikir sosial seperti John Stuart Mill dan George Eliot.
Konsepnya tentang Sosiologi dan evolusionisme sosial menetapkan nada bagi ahli teori sosial awal dan ahli antropologi seperti Harriet Martineau dan Herbert Spencer, berkembang menjadi sosiologi akademik moden yang dipersembahkan oleh Émile Durkheim sebagai penyelidikan sosial yang praktikal dan objektif
Teori sosial Comte memuncak dalam karyanya "Agama Kemanusiaan", yang meramalkan perkembangan organisasi kemanusiaan bukan teistik dan kemanusiaan sekular pada abad ke-19. Dia mungkin juga telah mencipta perkataan altruisme (altruism).