Audiovisual

Audiovisual (disingkatkan kepada AV) ialah media elektronik yang mempuunyai kedua-dua komponen bunyi dan visual, seperti persembahan pita slaid filem, rancangan televisyen, persidangan korporat, perkhidmatan gereja, dan penerbitan teater secara langsung.

Pembekal perkhidmatan audiovisual kerap menawarkan perkhidmatan penstriman web, persidangan video dan siaran langsung.

Peralatan audiovisual berasaskan komputer sering digunakan dalam pendidikan, dengan banyak sekolah dan universiti memasang peralatan unjuran dan menggunakan teknologi papan putih interaktif.