Attila

Attila
Pemerintah Empayar Hunnik
Sebuah pingat Renaissance dengan tulisan Latin "Atila, Flagelum Dei", bermaksud "Attila, Penghukum Tuhan"
(Inggeris: "Attila, Scourge of God")
Pemerintahan434–453
KeputeraanTidak diketahui
Mangkat453
DimakamkanTidak diketahui
PendahuluBleda dan Rugila
PenggantiEllac
PasanganKreka
AyahandaMundzuk
AgamaTidak diketahui

Attila Si Hun (Ic. Atle, Atli; Ge. Etzel; c. 406453) merupakan raja Hun terakhir dan paling berkuasa di Eropah. Dia memerintah empayar terbesar di Eropah ketika itu, bermula dari tahun 434 sehingga kematiannya. Empayarnya mengunjur dari Eropah Tengah ke Laut Hitam dan dari Sungai Danube ke Laut Baltik. Semasa pemerintahannya, dia merupakan musuh ketat bagi Empayar Rom Timur dan Barat: dia menceroboh Balkan sebanyak dua kali dan bertindak mengepung Constantinople ketika pencerobohan kali kedua. Dia memasuki Perancis sehingga Orleans sebelum diundurkan dalam Pertempuran Chalons; dan dia mengusir maharaja Rom Barat Valentinian III dari ibu negerinya di Ravenna pada tahun 452.

Walaupun empayarnya berkubur selepas kematiannya, dan dia tidak meninggalkan apa-apa warisan, dia kekal sebagai legenda dalam sejarah Eropah. Di kebanyakan negara Eropah Barat, dia diingati sebagai kemuncak kerakusan dan kekejaman. Sesetengah ahli sejarah menonjolkannya sebagai raja agung yang bangsawan, dan dia memainkan peranan penting sebagai salah satu dalam tiga saga Norse.