Ationg Tituh

Dr.
Ationg Tituh
PhD
Presiden
Parti Gagasan Rakyat Sabah
Dalam jawatan
2013–2021
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehStephen Jacob Jimbangan
Maklumat peribadi
Lahir
Ationg Bin Tituh

(1959-11-16)16 November 1959
Kuamut District, Kinabatangan, Sabah, Malaysia Timur
Meninggal dunia13 Jun 2025(2025-06-13) (umur 65)
Kinabatangan, Sabah, Malaysia
Parti politik AKAR (1989–2001)
GAGASAN (2013–2025)
PekerjaanAhli politik
Pengasas organisasi
Pengurus organisasi NGO
Penganalisis politik tempatan
Dikenali denganPengasas dan presiden pertama untuk Parti GAGASAN

Dr. Ationg Tituh (16 November 1959 – 13 June 2025) merupakan seorang ahli politik yang berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau adalah ahli politik yang telah menubuhkan serta memulakan Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dan juga merupakan penyandang sulung presiden parti tempatan berkenaan pada 28 Ogos 2013. Parti politik beliau adalah antara 20 parti politik rasmi yang didaftarkan pada tahun 2013. Pada tahun 2021, jawatan beliau sebagai presiden telah digantikan oleh Stephen Jacob Jimbangan iaitu presiden ke-2 bagi Parti Gagasan Rakyat Sabah. Partinya kemudian diambil alih oleh ahli politik tempatan dari Tuaran iaitu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor pada tahun 2023 dan menjadi parti terbesar di Sabah dari segi jumlah kerusi parti tunggal.