Dalam talian dan luar talian

Istilah "dalam talian" (bahasa Inggeris: online) dan "luar talian" (bahasa Inggeris: offline) mempunyai maksud tersendiri berkaitan dengan teknologi komputer dan telekomunikasi. Secara umum, "dalam talian" menyatakan keadaan kesambungan antara alat, peranti dan pengguna yang boleh dicapai unit pemprosesan pusat sesebuah komputer; sementara "luar talian" menyatakan keadaan sebaliknya.