Atari 5200
| Pengilang | Atari |
|---|---|
| Jenis | Konsol permainan video |
| Generasi | Generasi kedua |
| Ketersediaan runcit | November 1982 |
| Media | Katrij ROM |
| CPU | MOS 6502C berkelajuan 1.79 MHz |
| Input pengawal | Alat pengawal kayu ria, penjejak bebola |
Atari 5200 (dikenali juga dengan nama Atari 5200 SuperSystem) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Atari Inc. pada tahun 1982. Konsol ini dikeluarkan dengan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding dengan konsol Atari 2600. Selepas pelancaran konsol ini, ianya banyak bersaing dengan konsol ColecoVision dan Intellivision.
Alat pengawal konsol Atari 5200 mempunyai pengawal kayu ria, beberapa butang nombor serta butang Start, Pause dan Reset. Pengawal kayu ria yang terdapat pada konsol ini memberi gerakan 360 darjah berbanding dengan pengawal kayu ria pada konsol Atari 2600 yang memberi gerakan 8 arah sahaja.