Asma binti Abu Bakar

Asma binti Abu Bakar ( Nama Sebenar : Asma binti Abdullah Bin Abi Quhafah ) merupakan anak kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Adiknya Aisyah binti Abu Bakar merupakan isteri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Beliau berkahwin sebanyak dua kali dan suaminya yang terakhir adalah Zubair ibn Awwam yang mana hasil dari perkahwinan ini lahirlah seorang anaknya yang terkenal iaitu Abdullah ibn Zubair.