Asia's Got Talent

Asia's Got Talent
GenrePertunjukan bakat
Berdasarkan daripada
Francais Got Talent
PenciptaSimon Cowell
PengarahSimon Yin
Pengacara
  • Marc Nelson
  • Rovilson Fernandez
  • Alan M. Wong
  • Justin Bratton
Juri
BahasaInggeris (utama)
Pelbagai (tempatan)
Bilangan musim3
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Don Keyte
  • Jonathan Glazier
  • Marilyn Tan
  • John Snoddy
Penerbit
  • Jahan Rahamathulla
  • Vika Arliany
  • Glyn Seah
  • Tiffany Ang
  • Yin Phua
  • A. D. Chan
  • Ashley Hong
  • Khoo Teng Leang (TL)
  • Mel Wong
  • Vincent Fong
  • Sally Lee
  • Joanne Chua
Lokasi
Pemasangan kamera
Multikamera
Syarikat penerbitan
Sony Pictures Television Networks
Syco
Fremantle Asia
Penyiaran
Saluran asalAXN Asia
Siaran asal12 Mac 2015 (2015-03-12) – 11 April 2019 (2019-04-11)
Laman sesawang

Asia's Got Talent ialah pertandingan pertunjukan bakat Asia yang disiarkan di televisyen, dan sebahagian daripada francais Got Talent global yang dicipta oleh Simon Cowell. Dihasilkan dan disiarkan oleh AXN Asia, ia dicipta berikutan kejayaan kedua-dua America's Got Talent serta Britain's Got Talent, dan ditayangkan pada 12 Mac 2015, di 15 negara di Asia. Dalam setiap musim, peserta dari mana-mana umur boleh mengikuti uji bakat untuk pertandingan yang disiarkan di televisyen dengan apa jua bakat yang mereka ingin tunjukkan, dengan pemenang menerima hadiah AS$100,000.

Para peserta menghadapi satu siri pusingan, di mana mereka membuat persembahan di hadapan panel juri yang mengambil bahagian dalam kemajuan mereka, bersama penonton - panel penilai semasa terdiri daripada Anggun, David Foster dan Jay Park. Program ini kini dipersembahkan oleh pelakon Alan Wong dan Justin Bratton. Ia kini merupakan satu-satunya program dalam francais Got Talent dengan siaran berbilang bahasa; penterjemah disediakan buat sesetengah peserta jika mereka tidak boleh berbahasa Inggeris dan juri tidak fasih dalam bahasa ibunda mereka.