Asha Merican
Asha Merican (lahir Nurul Aisha Halim; 27 Ogos 1997) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai rakan seangkatannya, Shaza Bae dan Rita Nadira.
Asha Merican | |
|---|---|
| Kelahiran | Nurul Aisha binti Halim 27 Ogos 1997 |
| Pekerjaan | Model, pelakon |
| Tahun aktif | 2019–kini |
| Pasangan | Harris Annuar (k. 2022) |
| Anak-anak | 1 |
Sebelum menceburi bidang lakonan, beliau memulakan kerjaya dengan menyertai Astro On Air Talent selama 6 bulan, dan pernah menjadi model peragaan untuk pelbagai iklan TV termasuk Go Shop.
Lakonan pertamanya ialah Rindu Yang Terlarang (2019) untuk siaran di Astro Ria yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim dan Zahirah MacWilson, namun penampilan sulungnya kurang menyerlah. Beliau kemudian berlakon dalam telefilem Pemuja Rahsia.