Asam sunti
Asam sunti ialah bumbu dapur daripada Aceh yang dibuat daripada belimbing buluh yang dikeringkan dan diberi garam, lalu dijemur di matahari berkali-kali sehingga kering dan dapat disimpan lama. Biasanya, asam sunti digunakan untuk memasak makanan khas Aceh seperti masam keu'eueng, kari dan juga untuk asam atau sambal.