Ary Malik

Ary Malik
Kelahiran
Nurita Malita Aryanee binti Abdul Malik

(1971-10-16)16 Oktober 1971
Meninggal dunia28 Februari 2017(2017-02-28) (umur 45)
Ampang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianKanser ovari
DikebumikanTanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota
PekerjaanPengacara, pelakon, VJ, personaliti media
Tahun aktif1989–2017
PasanganShahrul Nizam Shaharuddin (k. 1997–2017)
Anak-anak3
SaudaraMin Malik (adik)

Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik (16 Oktober 1971 – 28 Februari 2017) merupakan seorang bekas pengacara TV dan pelakon wanita Malaysia, dan merupakan kakak kepada penyanyi, Min Malik. Sepanjang kerjaya hiburannya selama dua dekad, Ary terkenal sebagai VJ di MTV dan menjadi salah seorang peserta MasterChef Malaysia musim pertama. Beliau meninggal dunia pada 28 Februari 2017 selepas setahun bertarung dengan kanser ovari.