Arthur Kornberg
Arthur Kornberg (3 Mac 1918 - 26 Oktober 2007) ialah ahli seorang biokimia Amerika yang memenangi Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan 1959 kerana penemuan "mekanisme dalam sintesis biologi asid deoksiribonukleik (DNA)" bersama Dr. Severo Ochoa dari Universiti New York. Beliau juga dianugerahkan Anugerah Paul-Lewis dalam Kimia Enzim dari Persatuan Kimia Amerika Syarikat pada tahun 1951, L.H.D. ijazah dari Universiti Yeshiva pada tahun 1962, serta Pingat Kebangsaan pada tahun 1979.