Arthur Charles Alfred Norman

Arthur Charles Alfred Norman merupakan arkitek Jabatan Kerja Raya (PWD)/(JKR) di Tanah Melayu tahun 1883-1903. Beliau adalah perancang dan arkitek penting bagi kebanyakan bangunan penting di ibu kota Kuala Lumpur.Antaranya ialah :

  1. Bangunan Sultan Abdul Samad (1894-97)
  2. Cathederal Saint Mary, Kuala Lumpur (1894)
  3. Kelab Selangor (1890)
  4. JKR 92 Memorial Peringatan Kuala Lumur dan Perpustakaan (dahulunya Pejabat Percetakan Kerajaan (1907 09)
  5. Sekolah Victoria Institution (1894)
  6. Sri Carcosa (1897)
  7. Muzium Sejarah Nasional

Semua bangunan ini merupakan bangunan bersejarah dan menjadi tarikan pelancong . oleh itu bangunan-bangunan ini diletakkan di bawah Akta Antikuiti 1976 dan diberi perlindungan dan pemuliharaan. Kebanyakan bangunan yang dibina oleh British mengambil dan meniru seni bina Moor, Tudor, Neo-Classical dan Neo-Gothic. Jabatan Kerja Raya (PWD) bertanggungjawab untuk reka bentuk pelan-pelan bangunan dan penaikan dengan bantuan penyelia tapak projek oleh jurutera-jurutera awam.

Pegawai lain yang turut bertanggungjawab ialah Charles Edwin Spooner sebagai jurutera Negeri dan Pengarah Jabatan Kerja Raya.Lain-lain ialah RAJ Bidwell dan AB Hubback yang telah menyumbang idea-idea rekaan mereka, cadangan-cadangan dan malah menjalankan perincian lukisan-lukisan. Semasa banyak terbitan berkala dan buku telah menggambarkan bangunan-bangunannya.