Arshad Ayub

Allahyarham Tun Dato' Dr. Haji
Arshad Ayub
SSM, PSM; SPMS (Selangor); SPSK (Kelantan); SUNS (NS); PNBS (Sarawak); DPMJ (Johor); DSAP (Pahang); PGDK (Sabah); DPMT (Terengganu); DPMP (Perak); DSLJ (Brunei); JMN; PBE (Sarawak); Dip. in Agric, College of Agriculture (Malaya); B.Sc. (Hon), Wales; Dip. Bus. Admin (IMEDE), Laussane, Switzerland; LL.D(Hon) (Ohio); D.Ed (Hon) (USM); LLD(Hon) (Wales); D.Litt (UPM); Hon. Doktor Pengurusan Perniagaan (UiTM); Fellow (INTAN); Fellow U.C.W (Aberystwyth); Tokoh Ilmuan Pengurusan (KUSZA)
Pro Canselor
Universiti Teknologi MARA
Dalam jawatan
31 Mac 2000 – 14 Jun 2022
Berkhidmat with
Ahmadshah Abdullah
Abdul Rahman Arshad*
*(meninggal dunia ketika berkhidmat)
Sallehuddin Mohamed
Safri Awang Zaidell
Zarinah Anwar
Maklumat peribadi
Lahir(1928-11-15)15 November 1928
Muar, Johor, Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia14 Jun 2022(2022-06-14) (umur 93)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat semadiMakam Diraja Shah Alam
PasanganToh Puan Zaleha Mohd Arshad
Tempat belajarUniversity College of Wales, Aberystwyth

Allahyarham Tun Dato' Dr. Haji Arshad bin Ayub (15 November 1928 – 14 Jun 2022) ialah seorang ahli akademik dan pendidik Malaysia. Beliau merupakan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM). Di luar bidang pendidikan, Arshad berpengalaman luas dalam pentadbiran awam di negara ini dengan memegang jawatan-jawatan penting dalam pelbagai jabatan kerajaan mahupun kementerian, termasuk sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pada 9 Mac 1975 hingga 1977.