Arsène Lupin
Arsene Lupin (disebut [aʁsɛn lypɛ̃ terdekat ar.sĕn lu.pĕng/lu.pang]) adalah watak cereka yang muncul dalam siri buku novel detektif dan jenayah dikaryakan Maurice Leblanc. Watak ini pertama kali muncul dalam cerita pendek L'Arrestation d'Arsène Lupin ("Penahanan Arsène Lupin") yang terbit Julai tahun 1905 dalam majalah Je sais tout, sebanyak 17 novel dan 39 cerita pendek menampilkan watak ini ditulis Leblanc.
Kisah-kisah watak ini telah diadaptasikan dalam pelbagai media termasuk pementasan, filem dan komik.