Aromaterapi

Aromaterapi ialah sebarang pengunaan bahan dan minyak berasaskan tumbuhan aromatik seperti minyak pati yang bertujuan meningkatkan keadaan psikologi dan kesihatan pengguna. Ia boleh dipakai sebagai suatu terapi sampingan bersama rawatan konvensional mahupun suatu bentuk perubatan alternatif.

Tiada bukti perubatan kukuh yang boleh didapati mengenai kebolehan aromaterapi mencegah mahupun menyembuh sebarang penyakit sekalipun, namun ia dianggap dapat meningkatkan kesihatan umum seseorang.