Ariel (penyanyi Indonesia)

Ariel
Ariel di konsert Noah di Makassar, November 2022
Kelahiran
Nazril Irham

(1981-09-16) 16 September 1981
WarganegaraIndonesia
Nama lainAriel, Boriel
Pekerjaan
PasanganSarah Amalia (k. 2005; c. 2008)
Anak-anakAlleia Anata
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikSuara
Syarikat rakamanMusica Studio's
Kegiatan berkaitan
Tandatangan

Nazril Irham, lebih dikenali sebagai Ariel (lahir di Binjai, Sumatera Utara, 16 September 1981; umur 44 tahun) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, model, dan pelakon Indonesia. Ariel ialah penyanyi-penulis lagu dan vokalis utama kumpulan muzik rock Peterpan (sekarang Noah). Rolling Stone Indonesia memasukkan Ariel dalam senarai 50 Penyanyi Terbaik Indonesia dan 100 Penulis Lagu Terbaik Indonesia.

Ariel membentuk kumpulan muzik Peterpan di Bandung pada tahun 2000 bersama Andika, Indra, Lukman, Reza dan Uki. Album kedua Peterpan Bintang di Surga (2004) merupakan antara album terlaris di Indonesia. Peterpan menukar nama mereka kepada Noah selepas Ariel dikeluarkan pada 2012. Seperti sebelum ini, Noah turut meraih kejayaan dengan album pertama mereka Seperti Seharusnya (2012), yang terjual lebih satu juta salinan.