Arema FC

Arema FC
Nama penuh Arema Football Club
Gelaran Singo Edan
(Singa Gila)
Nama pendek AFC
Ditubuhkan 11 Ogos 1987 (1987-08-11) (sebagai PS Arema)
2009 (2009) (sebagai Arema Indonesia)
2013 (2013) (sebagai Arema Cronus, setelah dualisme)
2017 (2017) (sebagai Arema FC)
Stadium/Padang Stadium Kanjuruhan, Malang
Kapasiti 45,000
Pengerusi Wiebie Dwi Andriyas
Pengurus Joel Cornelli
Liga Liga 1
2024/25 Liga 1, Ke-10
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

25px Arema FC


Skuad utama

Skuad wanita

Akademi
Arema

Kelab Bola Sepak Arema (Arema Football Club, biasanya dipanggil sebagai Arema FC atau Arema sahaja) merupakan kelab bola sepak yang berpengkalan di Malang, wilayah Jawa Timur, Indonesia. Arema FC pada asalnya merupakan sebahagian daripada Arema Indonesia (kini ArekMalang Indonesia), sebelum berpecah kepada dua akibat dualisme liga Indonesia. Kini, Arema FC bermain di liga teratas Indonesia iaitu Liga 1.

Arema, atau dahulunya PS Arema, ditubuhkan pada tarikh 11 Ogos 1987 sebelum menukar namanya kepada Arema Indonesia pada tahun 2009. Pada tahun 2012, iaitu semasa insiden dualisme bola sepak Indonesia, Arema Indonesia diperolehi Bakrie Group dan pada masa itu, Bakrie menjual kelab mereka, Pelita Jaya, kemudian bertukar nama kepada Pelita Bandung Raya, sehingga menggagalkan rancangan menggabungkan Arema dan kelab tersebut. Pada tahun 2013, Arema Indonesia menukar namanya kepada Arema Cronus setelah diperolehi Bakrie Group dan pada tahun 2017, nama Arema Cronus bertukar lagi menjadi Arema FC sehingga hari ini.