Arch Linux

Arch Linux
Maklumat umum
Eponimtiada nilai
Jenis sistemEdaran Linux, free operating system (en) , GNU variant (en) dan komuniti maya
Keluarga sistemAla-UNIX
PembangunLevente Polyak dan lain-lain
Keadaan kerjaSemasa
Model sumberSumber terbuka
Keluaran awal11 Mac 2002 (2002-03-11)
Keluaran terkiniTerbitan berterusan / medium pemasangan 2020.11.01
Sasaran pemasaranPenggunaan Am
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
rolling release (en)
Pengurus pakejpacman, libalpm (bahagian belakang)
Pelantar
  • x86-64
  • i686 (tidak rasmi)
  • ARM (tidak rasmi)
Jenis intiMonolitik (Linux)
Ruang penggunaGNU
Antara muka
pengguna
lalai
Antara muka baris perintah (Bash)
LesenPerisian bebas (GNU GPL dan lesen-lesen lain)
Pautan berkaitan
Tapak webarchlinux.org
Bloghttps://archlinux.org/news/
Repositorihttps://git.archlinux.org/
sunting · sunting di Wikidata

Arch Linux (/ɑːr/) ialah edaran Linux untuk komputer dengan pemproses x86-64. Arch Linux mematuhi lima prinsip: kemudahan, kemodenan, pragmatisme, mengetengahkan pengguna, dan serba guna. Maksudnya, projek ini cuba untuk melakukan perubahan khusus-edaran yang minimum, mengurangkan kerosakan dalam kemas kini, pragmatik terhadap pilihan reka bentuk berideologi dan keramahan pengguna.

Pengurus pakej yang ditulis khusus untuk Arch Linux, Pacman, digunakan untuk memasang, membuang dan mengemas kini pakej perisian. Arch Linux menggunakan model terbitan berterusan, maksudnya tidak ada "terbitan utama" bagi versi baharu sesuatu sistem; kemas kini sistem biasa sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan perisian Arch yang terbaru; imej pemasangan yang diterbitkan setiap bulan oleh pasukan Arch itu hanyalah petikan terkini bagi komponen sistem utama.

Arch Linux mempunyai pendokumenan yang lengkap, terdiri daripada wiki komuniti yang dikenali sebagai ArchWiki.