Arcadia 2001
| Pengilang | Emerson Radio Corp |
|---|---|
| Jenis | Konsol permainan video |
| Generasi | Generasi kedua |
| Ketersediaan runcit | Mei 1982 |
| Media | Katrij ROM |
| CPU | Signetics 2650 berkelajuan 3.58 MHz |
Emerson Arcadia 2001 merupakan konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Emerson Radio Corp pada tahun 1982. Konsol ini merupakan konsol pada generasi kedua dan menggunakan cip mikropemproses jenis 8-bit. Konsol ini dihentikan pengeluarannya 18 bulan kemudian, dengan rekod sebanyak 35 jenis permainan video telah dikeluarkan untuk konsol ini.