Arak, Iran

34°05′N 49°42′E / 34.08°N 49.7°E / 34.08; 49.7

Arak (sebelum tahun 1938 dikenal dengan nama Soltan-abad) adalah sebuah bandar di Iran. Terletak di bahagian barat, tempatnya di Wilayah Markazi. Pada tahun 2005, bandar ini memiliki jumlah penduduk sebanyak 511,127 orang. Bandar ini terletak pada ketinggian 1750 m dan terletak 280 km dari Tehran, ibu negara Iran. Arak adalah salah satu kota perindustrian utama di Iran dan memiliki berbagai fabrik industri berat, khususnya dalam industri logam dan permesinan.