Ar-Raheeq Al-Makhtum
| Umum | |
|---|---|
| Pengarang | Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri |
| Negara | India |
| Bahasa | Arab, Urdu |
| Genre | Biografi |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Darussalaam |
Jenis media | Cetak (kulit keras) |
| Halaman | 440 - 600 |
Ar-Raheeq-ul-Makhtum (bahasa Arab/Urdu: الرحيق المختوم ; bermakna "minuman yang termeterai bekasnya") ialah buku sirah (biografi) Nabi Muhammad s.a.w., ditulis dalam bahasa Arab dan Urdu oleh Safi-ar-Rahman Mubarakpuri. Versi Arab buku ini mendapat tempat pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam pada 1979 (1399 H), menewaskan 170 manuskrip lain dalam pelbagai bahasa. Ia telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu dengan nama yang sama, "Al-Raheeq Al-Makhtum", lazimnya dengan subjudul seperti "Sirah Nabawiyah" atau "Sirah Nabi".
Tajuk buku ini datangnya dari ayat al-Quran Surah Al-Mutaffifiin: Yusqawna mirraheeq-(in)-makhtum-in (bermakna Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya).[Quran 83:25]