Apokrifa Perjanjian Baharu
Apokrifa Perjanjian Baharu ialah sejumlah tulisan yang dikarang oleh orang Kristian awal yang meriwayatkan kisah-kisah Yesus dan ajarannya, sifat-sifat Tuhan, atau ajaran-ajaran para Hawari dan kehidupan mereka. Beberapa tulisan ini dianggap suci dan tulen oleh orang Kristian awal. Namun, sejak abad ke-5 muncul sebuah konsensus yang meluas dalam mengehadkan Perjanjian Baharu kepada 27 buah buku yang terdapat dalam kanon yang moden. Gereja-gereja seperti Katolik Rom, Ortodoks Timur dan Protestan pada umumnya tidak menganggap Apokrifa Perjanjian Baharu sebagai sebahagian daripada Alkitab/Bible.