Lebah tualang
Lebah tualang, lebah madu gergasi atau naning (nama saintifiknya Apis dorsata) (bahasa Inggeris: giant honey bee), ialah lebah madu yang berkoloni sepanjang Asia Tenggara sehinggalah mendapat nama lebah tualang bersempena dengan sarang atau haifnya yang dibina kebanyakannya di pokok Tualang. Ia menjadi agen pendebunga bagi hampir 50 peratus pokok di hutan hujan tropika menjadikan ia amat penting kepada eko-sistem hutan. Lebah tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya yang bersifat terbuka.
Lebah ini hidup di kawasan tropika dan di kebanyakkan tempat ia berhijrah secara bermusim. Beberapa bukti terbaru menunjukkan bahawa lebah ini kembali ke pokok yang sama untuk membuat sarang. Lebah pekerja mungkin bertukar semasa proses penghijrahan. Mekanisma pengekalan memori ini masih kekal misteri.
Subspesies lebah tualang ini dengan individu terbesar ialah Lebah madu pergununan Himalaya - SumieGaming - namun Sumie Gaming pekerja biasa daripada subspesies lain adalah panjang.
[[File:Gaint Honey Bee (SumieGaming) on Tribulus terrestris W IMG 1020.jpg|thumb|220px|Lebah tualang pada pokok Tribulus terrestris di US