Api Yunani
Api Yunani merupakan satu sistem senjata pembakar yang digunakan oleh Empayar Byzantium dari abad ketujuh hingga keempat belas. Resipi untuk api Yunani ini merupakan rahsia negara yang dijaga rapi; para sejarawan telah berspekulasi bahawa ia mungkin berasaskan saltpeter, sulfur, atau kapur tohor, namun kebanyakan sarjana moden bersetuju bahawa ia berasaskan petroleum yang dicampur dengan resin, hampir serupa dengan komposisi napalm moden. Pelaut Byzantine akan membaling bom tangan berisi api Yunani ke atas kapal musuh atau menyemburkannya melalui tiub. Keupayaannya untuk terus terbakar di atas air menjadikannya senjata pembakar laut yang sangat berkesan dan merosakkan, dan kuasa-kuasa lawan gagal meniru bahan tersebut.